Dalam podcast kali ini, YB Viral, Anas Abdul Jalil dan Armand berbincang mengenai isu hangat yang menggusarkan Rakyat pada masa ini – iaitu pelaksanaan Digital ID. Apa yang Rakyat risau adalah adakah Kerajaan Madani akan menjaga maklumat peribadi Rakyat?
Seperti apa yang berlaku dalam skandal Insan Selangor, Kerajaan Negeri telah menyalahgunakan dan membekalkan data peribadi warga Selangor yang diambil dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sebuah syarikat swasta yang bukan di bawah kawalannya untuk mendaftar warga Selangor dalam skim insurans bukan Takaful tanpa kebenaran mereka. Kerajaan Madani juga telah menyalahgunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat konten para pengkritik Kerajaan Madani dan Malaysia telah menjadi negara ke-4 terbesar di dunia di mana Kerajaan telah mengarah TikTok untuk menurunkan konten anti-Kerajaan.
Jom sokong gerakan DEMI NEGARA dengan subscribe Telegram Channel: t.me/BantuDemiNegara
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 1 Disember 2023]