YB Viral, Dayangku Intan dan Zam Yahaya berbicara mengenai satu pantun yang ditulis oleh Zeina Azzam bertajuk “Tulis Namaku Di Kakiku, Mama” dalam podcast Sembang Petang kali ini.
Media melaporkan sesetengah ibubapa di Gaza terpaksa menulis nama anak-anak mereka di kaki mereka untuk membantu mengenal pasti diri mereka jika mereka atau anak-anak mereka terbunuh.
Berikut adalah pantun tersebut yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu:
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Gunakan penanda kekal berwarna hitam,
Dengan dakwat yang tidak meleleh, jika ia basah.
Dengan dakwat yang tidak cair, jika ia terdedah kepada panas.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Jadikan garisnya tebal dan jelas,
Tambahkan seni tersendiri istimewa mu.
Supaya aku bisa tenteram melihat,
tulisan tangan mama ku apabila ku tidur.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Dan di kaki kakak dan abang ku,
Dengan cara ini, kita akan menjadi milik bersama.
Dengan cara ini, kita akan dikenali sebagai anak-anak mu.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Dan sila tulis nama mu,
Dan nama Baba di kaki mu juga.
Supaya kita akan diingati, sebagai sebuah keluarga.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Jangan tambah walau sebarang nombor,
Seperti semasaku dilahirkan atau seperti alamat rumah kita.
Aku tak mahu dunia mengenali ku sebagai nombor,
Aku mempunyai nama dan aku bukanlah nombor.
Tulis nama ku di kaki ku, Mama..
Apabila bom meledak rumah kita,
Apabila dinding menghancurkan tengkorak dan tulang kita.
Kaki kita akan menceritakan kisah kita,
Betapa tiada tempat untuk kami lari.
—Zeina Azzam
#YBViral
#SuaraSemakImbang
#DemiNegara
#RakyatJagaRakyat
#JanganJadiMacaiPolitikus
[podcast ini telah distrim secara langsung melalui TikTok dan YouTube pada 23 November 2023]